

insyaAllah,


kpda warga group A n student Mesir.. sila isi borang ini.. arahan kerajaan Malaysia
Assalamualaikum..
sempena dalam mood Mulidur Rasul neh...ase cam nk kongsi artikel la sket...
artikel neh di ambek dri al-azim.com
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
© Jabatan Mufti Melaka
Assalamualaikum
Alhamdulillah dan setinggi2 penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi kesempatan kepada kita sume utk pulang ke tanah air dikala bumi Mesir tngah bergolak pada ketika ini..syukur juga ingin aku panjatkan kepada Ilahi yang memberi perlindungan kepada kita yang mana kita dapat lihat alhamdulillah semua dikalangan kita tiada yang tercedra..cukuplah kata alu-aluan tuh..skrg berbalik kepada tajuk utama..
walopon kita kat Malaysia, jgn la lpe sngt ek..kte ade exam yg blum kte tempuhi..
harap2 sume ready.
kat sini ade link utk download nota2 yg dscan oleh sahabat kita.
http://www.mediafire.com/?8mq4d354z99x9
so bolehlah korang2 sume download dan mendapat manfaat bersama..(topup to ABNG PEROP)
~UKHWAH TERPAUT MUMTAZ DISAMBUT~ sekian..
“Aku adalah diri aku. Diri aku macam ini, macam inilah aku. Katalah apa pun, aku tak mahu
dengar.”
Kata-kata yang popular, daripada orang yang apabila datangnya peringatan, dan dia
mengingkarinya.
Kamu adalah diri kamu ya?
Sebenarnya, apa yang kamu tahu fasal diri kamu?
Hari ini, saya nak ajak diri saya dan diri pembaca, mengeksplorasi diri kita ya.
Jom, jom, jom.
Nanti kamu akan lihat bahawa, berpihak kepada apa yang tidak disukai oleh Allah SWT, adalah
bukan diri kamu yang sebenarnya.
Asal kejadian.
Mudah. Daripada Allah SWT. Allah yang cipta kita.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;”Surah
Al-’Alaq ayat 1-2.
Itu muqaddimah diri kita. Kalau nak lebih jelas lagi kejadian diri kita yang Allah ciptakan ini,
saya boleh beri satu lagi ayat.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
dari tanah; Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan
yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah
beku.
lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-
tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” Surah Al-Mukminuun ayat 12-14.
Tahukah ayat ini turun bila? Sebelum manusia jumpa mikroskop, x-ray dan sebagainya.
Membuktikan bahawa, Tuan punya bicara ini, memang sebenar-benarnya yang menciptakan
kita. Sebab Dia Maha Tahu, walaupun ketika itu tiada manusia yang mengetahui.
Nah. Asal kita adalah daripada Allah SWT.
Asal diri kita yang sebenarnya.
“Aku dah memang macam ni. Aurat-aurat ni, memang dari dulu aku tak ambil pusing.”
“Aku memang macam ni. Malas la solat. Buat apa ikut-ikut peraturan Islam ni?”
“Yang baik itu bapak aku. Aku memang macam ini.”
“Ala, nama apa la sangat. Nama saya Muhammad pun, saya bukan Nabi Muhammad. Saya,
sayalah. Saya memang macam ini.”
Ya ke itu diri kamu yang sebenarnya?
Atau, sebenarnya kamu ini asalnya lain?
Tahukah kamu asal kamu macam mana? Yake macam kamu sekarang ini? Yake kamu memang
macam ini?
Kita tengok ya. Sebelum kita wujud di alam ini, apa yang kita kata kepada Allah SWT:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-
anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan
firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.
Ha. Kita sebenarnya, adalah yang mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, mengakui bahawa
arahanNya adalah kebenaran, menyimpang daripadaNya adalah kerosakan.
Rasulullah SAW pula bersabda maksudnya: “Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan
fitrah (Islam). “ Hadis riwayat Bukhari.
Kita sebenarnya, diri kita yang sebenarnya, adalah yang telah berjanji dan bersaksi kepada
Allah
SWT, untuk taat kepadaNya. Dilahirkan kita ke dunia ini oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah,
suci, bersih, dalam erti kata lain, Islam.
Maka, bila mengetahui siapa yang menciptakan kita, dan ‘bentuk’ asal kita yang bagaimana,
apakah yang sepatutnya kita lakukan di dalam kehidupan ini?
Tunduklah, patuhlah.
Maka hakikatnya, apabila kita bermaksiat, ingkar kepada Allah, tidak mengambil Islam sebagai
sistem hidup, tidak mengikut peraturan Islam, itu semua adalah berlainan dengan hakikat diri
kita yang sebenar-benarnya.
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya menyimpang dari diri kita yang sebenarnya. Kita pergi
ke satu jalan yang salah, yang silap. Kita tidak berada pada tempat yang kita patut wujud
sebenarnya.
Jadi, “Aku adalah diri aku. Aku memang dah macam ini.” adalah satu alasan yang tidak betul
sebenarnya. Kamu bukan diri kamu apabila kamu mengingkari Allah SWT. Kamu diciptakan
olehNya, dan akan kembali kepadaNya, maka apakah pantas kamu hidup tanpa mentaati
perintahNya? Pelik bukan?
Penutup: Cukup-cukuplah. Melutut!
Mengapa masih beralasan?
Hidup ini sebentar cuma. Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya.
Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha
Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan
dan kelemahan manusia.
Dan kita mencagarkan akhirat kita untuk dunia yang sementara? Bodoh bukan?
Semestinya kita mahu yang indah itu abadi selama-lama. Maka apa yang kamu nantikan?
Kamu adalah kamu?
Sedarlah. Kamu bukan kamu, selagi kamu tidak tunduk kepada Allah SWT. Kita semua sama.
Saya juga demikian.
Maka marilah kita melutut kepada Allah SWT. Apakah belum sampai masanya?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk
khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta
mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab
sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati
mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik –
derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.
Cukup-cukuplah.
inshaAllah..