Recent Posts

Sebelum belajar, selepas belajar, time nk tidur, makan ke apa ke... sentiasa tingkatkan keyakinan diri dgn berkata dlm hati....


"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."



KATA- KATA AZIMAT.


Sesungguhnya ilmu itu cahaya. Sedangkan cahaya Allah itu tidak dianugerahkan kepada orang-orang yang melakukan dosa."


Kebimbangan terhadap dunia menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap akhirat menyinarkan hati."


DOA-DOA YG DIAMALKAN

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keselamatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya sebagaimana tiada batas bagi kesempurnaan-Mu dan sebanyak bilangan kesempurnaannya (Nabi Muhammad s.a.w.)

Ya Allah, keluarkanlah daku dari kegelapan khayalan. Muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman. Bukakanlah untukku pengetahuan ilmu. Perelokkan akhlakku dengan sifat penyantun. Mudahkanlah untukku semua pintu anugerah-Mu. Limpahkanlah kepadaku perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.


Ya Allah, sinarilah penglihatanku dengan berkat Al-Quran. Lapangkanlah dadaku dengannya. Gerakkan badanku dengannya. Fasihkan lidahku dengannya. Segerakanlah fahamanku dengannya. Kuatkanlah azamku dengannya. Dengan daya dan kekuatan-Mu kerana sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Engkau, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani.


Ya Allah, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka kembalikanlah (peringatan) semula kepadaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau menjadikan aku melupainya. Limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. yang memiliki cahaya untuk menghilangkan kelupaan dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabatnya.



Maka Kami telah memberikan kefahaman kepada Nabi Sulaiman mengenai hukuman (yang lebih tepat). Dan Kami berikan hikmat dan ilmu pada kedua-duanya. Dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Nabi Daud. Dan Kamilah yang (berkuasa) melakukannya.
Wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri, Wahai Tuhan Nabi Musa, wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Muhammad s.a.w. Muliakanlah daku dengan mengurniakan cahaya kefahaman. Dan kurnialah daku ilmu, hikmat dan akal yang cerdas dengan berkat nama-namaMu, wahai Tuhan Yang Mulia. Ya Allah, limpahilah keselamatan dan ksejahteraan kepada penghulu kami Muhammad serta keluarga dan para sahabatnya.

semoga dgn petua dan doa2 ni dpt meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah...

Posted by eyry Wednesday, February 16, 2011

0 comments

Post a Comment

COMRADES

Popular Posts